Fakta roti putih yang anda tak tahu..saya pun baru tahu
Terdapat banyak roti dipasaran Malaysia.
Salah satunya adalah roti putih. Selain karbohidrat, roti putih juga
mengandungi protein, vitamin dan mineral. Rupanya putih, teksturnya
lembut dan harganya berpatutan menjadi faktor orang ramai gemar
membelinya.
Dikatakan roti putih kurang baik untuk kesihatan kerana :
1. Semasa
proses pembuatan roti putih terdapatnya proses penyulingan – roti putih
diperbuat daripada tepung putih halus daripada butiran tepung gandum. Ia
melalui proses penyulingan sebelum diPUTIHkan dengan agen peluntur
kimia yang mengandungi klorin. Setelah itu, tepung akan dikeringkan pada
suhu yang tinggi sebelum “gluten” sejenis bahan ditambah untuk
menghasilkan lebih udara dalam roti. Impak daripada hasil campuran bahan
kimia ini sebenarnya akan memudaratkan tubuh. Metabolisme badan
terganggu kerana ketiadaan serat dalam roti yang hilang ketika proses
penyulingan. Serat sangat diperlukan tubuh badan untuk melancarkan
proses pencernaan, mengawal berat badan, mencegah risiko sakit jantung,
kanser dan diabetis.
2. Kandungan karbohidratnya yang tinggi
tidak mampu membantu kita untuk mencapai berat badan yang diimpikan.
Kecekapan sistem pencernaan akan semakin berkurangan dan ini menyebabkan
lemak-lemak terkumpul. Rupa-rupanya 2 keping roti putih bersamaan dengan sepinggan nasi. Kalau macamtu baik la mekar makan nasi. Lebih mengenyangkan !
3. Kekurangan khasiat dalam roti putih
akan menyumbang kepada penyakit Osteoatritis atau tulang rapuh. Keadaan
ini selalunya akan berlaku pada tulang belakang, pergelangan tangan dan
pinggul yang berubah menjadi semakin nipis, lemah dan mudah retak.
info : majalah i-sihat
Bertukarlah kepada roti gandum/serat
pic : nurulimansumayyah.blogspot
Perbezaan nilai pemakanan roti gandum di pasaran. Buat lah perbandingan yang mana lebih baik
Kalau selama ni anda makan terutama
breakfast dengan nasi lemak ayam atau nasi goreng telur mata kerbau atau
mee goreng… tak de masalah seminggu sekali, ok ape ! Cuma di
waktu-waktu lain ubahlah breakfast yang berkhasiat sikit. Tukarlah
kepada roti gandum pula ! Memang roti ni tawar sikit. Olehitu, anda
perlulah kreatif agar roti ini menjadi sangat menyelerakan ! Untuk
maklumat lanjut berkenaan Roti Breakthru, layarilah detail kesihatan di sini.
Gardenia- wholegrain fibremeal
High 5 – High Grain
pss: pilihan tertakluk ditangan masing-masinginfo : mymekar